20 tan pakaian dan barangan keperluan dikumpul untuk Orang Asli - Utusan Malaysia

20 tan pakaian dan barangan keperluan dikumpul untuk Orang Asli

Petugas bersama pakaian dan barangan keperluan yang akan dihantar ke kawasan perkampungan Orang Asli di Perak dan Kelantan dalam Program Amal Jarian Bundle di Benut, Pontian, Johor. -UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN : Kira-kira 20 tan pakaian dan barangan keperluan berjaya dikumpul sempena Program Amal Jariah Bundle bagi membantu masyarakat Orang Asli di kawasan pendalaman Gerik, Perak dan Gua Musang, Kelantan.

Selain pakaian, sumbangan juga melibatkan al-Quran, telekung, tudung dan beg sekolah yang diagihkan kepada masyarakat Orang Asli kawasan berkenaan.

Menurut Ahli Dewan Negara, Datuk Isa Ab.Hamid, sebanyak 12 badan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu mengumpul barangan tersebut di dua lokasi iaitu Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Damansara, Selangor dan Dewan Serbaguna Majlis Daerah Pontian, Benut di sini.

“Barangan yang dikumpul ini akan dihantar ke lokasi terlibat dengan menggunakan kenderaan Jakoa pada minggu depan bagi membolehkan bantuan sampai dengan kadar segera.

“Pada kali ini barangan yang dihantar ini amat diperlukan memandangkan mereka tidak dapat keluar disebabkan masalah perhubungan dan ditambah pula dengan penularan Covid-19.

“Pada Mac tahun depan, sumbangan sama juga akan dihantar namun dalam bentuk makanan dan barangan keperluan harian seperti beras, gula, tepung, telur, sardin, biskut dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Pontian di Benut di sini semalam.

Tambah Isa, sumbangan tersebut diharap dapat memberikan keselesaan kepada masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pendalaman serta sukar untuk dihubungi untuk sampai ke kampung mereka.

Sementara itu, Pengarah Jakoa Negeri Perak, Hairulnizam Abd. Rahman berkata, terdapat 49 perkampungan Orang Asli di Hulu Perak yang melibatkan kira-kira 11,200 penduduk.

Katanya, suku kaum Orang Asli yang tinggal di kawasan itu ialah Jahai, Lanoh dan Kintak yang memerlukan perhatian dan sokongan daripada pelbagai pihak ketika ini.-UTUSAN ONLINE

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya