103 menara bakal dibina di Johor pada 2021 - Utusan Malaysia

103 menara bakal dibina di Johor pada 2021

Mazlan Bujang (dua dari kiri) menyampaikan hadiah tempat pertama kepada pasukan Mystery yang memenangi pertandingan E-Sports pada Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Pubg Mobile Piala Adun Puteriwangsa 2020 di Yayasan Warisan Johor, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Sebanyak 103 menara telekomunikasi bakal dibina di negeri ini menerusi fasa ketiga program Jalinan Digital Negara (Jendela) pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, pembinaan itu lebih tertumpu di kawasan luar bandar dan pedalaman untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Katanya, pembinaan menara telekomunikasi itu juga akan dibangunkan di beberapa pulau di negeri ini dalam menyediakan rangkaian liputan yang lebih lancar.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membangunkan 103 pencawang baharu di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman.

“Sebelum ini, kita ada terima rungutan bahawa rangkaian liputan tidak begitu baik di beberapa kawasan antaranya di Kampung Peta, Mersing. Jadi, SKMM akan bina satu lagi pencawang di sana.

“Pembinaan pencawang ini di bawah Jendela turut melibatkan enam pencawang yang akan dibina di kawasan pulau-pulau di negeri ini,” katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan PUBG Mobile Piala Adun Puteri Wangsa 2020 di Yayasan Warisan Johor, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di sini.

Mazlan memberitahu, bagi melengkapi penambahanbaikan tersebut, kerajaan negeri akan mengadakan Program WiFi 2.0, kesinambungan program yang dianjurkan dahulu.

Katanya, menerusi program tersebut, kerajaan negeri akan mewujudkan lebih banyak kawasan pusat internet percuma untuk rakyat.

“Menteri Besar, Hasni Mohammad memberitahu ada tambahan bajet sebanyak RM2 juta bagi program WiFi 2.0 ini bagi menambah baik capaian internet percuma kepada rakyat.

“Selain memberi internet percuma kepada rakyat,- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN