Warga Indonesia mati dikelar di Mentakab - Utusan Malaysia

Warga Indonesia mati dikelar di Mentakab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang lelaki warganegara Indonesia ditemukan mati dalam kawasan Ladang Kelapa Sawit WTS, Batu 4, Jalan Karak di Mentakab, Temerloh dekat sini hari ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, Balai Polis Mentakab menerima maklumat dari orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.40 pagi. 

Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa cedera di bahagian leher dipercayai dikelar.

“Selain itu, motosikal mangsa dijumpai dibuang dalam lubang di ladang sawit berkenaan. Mangsa merupakan seorang pekerja kilang papan di Mentakab dan berusia 32 tahun.

“Setakat ini, seorang lelaki Indonesia yang berusia 43 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Motif pembunuhan masih disiasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Othman berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati jika bersalah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya