UTeM ‘sapu’ 17 pingat di ITEX 2020  - Utusan Malaysia

UTeM ‘sapu’ 17 pingat di ITEX 2020 

LOGO UTeM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya merangkul 17 pingat pada acara 31st International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2020) versi atas talian. 

Program anjuran Concept, Innovative & Strategy (C.I.S) Network Sdn. Bhd. dengan kerjasama Malaysian Invention and Design Society (MINDS) itu telah berlangsung bermula 12 hingga 21 November menerusi penjurian penuh berdasarkan pembentangan melalui video. 

Pertandingan itu disertai oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari dalam negara serta membabitkan institusi pendidikan dari seluruh dunia dengan lebih 500 produk inovasi dipertandingkan.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Raha Abdul Rahim berkata, mereka memperolehi kejayaan besar apabila kesemua 17 penyertaan yang disertai telah merangkul pingat sekali gus memberi kemenangan secara keseluruhan.

“Daripada 17 pingat yang telah dimenangi, UTeM berjaya merangkul 10 pingat emas, empat pingat perak dan tiga pingat gangsa sekali gus memberi gambaran hasil inovasi universiti ini terus diiktiraf diperingkat antarabangsa.  

“UTeM telah menetapkan penyertaan bagi penyelidikan yang berkualiti dan memberi fokus kepada kumpulan produk inovasi bagi manfaat masyarakat serta komuniti dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Pada ITEX 2020 versi atas talian itu, 10 pingat emas yang dimenangi UTeM antaranya menerusi produk Removal Of Carbon Deposit Build Using HHO Engine diketuai oleh Prof. Dr. Noreffendy Tamaldin, Fault Diagnosis With Convolutional Neural Network diketuai oleh Dr. Amat Amir Basari dan 3 Dimensional 4h-Sic Mosfet (FINFET) diketuai Dr. Muhammad Idzdihar Idris.

Manakala, A New Design Of Progressive Drill Reamer diketuai Prof. Madya Dr. Shukor Salleh, Eco EDM Dielectric Fluid For Coating Purpose diketuai Prof. Madya Dr. Liew Pay Jun dan Ecoglow Tiles diketuai Dr. Mohd. Sanusi Abdul Aziz.  

Empat produk lagi adalah A Smart Postural Angle Classification System diketuai Dr. Isa Halim, Individual Blended Learning Achievement Indicator diketuai Dr. Zurina Sa’aya, Smart Portable Electrical Socket Wireless Bio-Cont diketuai Shamsul Fakhar Abd. Gani dan Fish Deboning Machine For Butterfly Fillet diketuai Nurul Kausar Ab. Majid.  

Empat produk inovasi UTeM yang telah berjaya mendapat pingat perak pula adalah Optimized Cutting Tool For Composite Mat (OPT4COM), Organic Plastic Alternative (OPA),  Tuah Parcel Dropbox dan Myfeeling.

Sementara itu, tiga pingat gangsa pula diraih oleh produk inovasi Malaysian Sign Language Data Glove, Smart Reverse Vending Machine With Iot serta Learning Kit for Electronic Engineering. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.