Tiada keperluan buat PKP, negara dalam fasa pemulihan  - Utusan Malaysia

Tiada keperluan buat PKP, negara dalam fasa pemulihan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun peningkatan kes Covid-19 masih berlaku di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, ini kerana negara dalam peringkat pemulihan dan ‘exit policy’ disamping pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.

Katanya, sekiranya PKP dilaksanakan, ia bakal memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan ekonomi.

“Kerajaan membuat kawalan seimbang melalui kaedah pencegahan terbaik dengan membudayakan dan mengamalkan norma baharu kehidupan serta penjarakan sosial.

“Mekanisme pengurusan krisis negara yang dilaksanakan berjaya mengawal penularan Covid-19,” katanya dalam sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berkenaan PKP yang kini masih tidak dilaksanakan kerajaan walaupun berlaku penularan Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya