Situasi Covid-19 Johor terkawal - Utusan Malaysia

Situasi Covid-19 Johor terkawal

R. Vidyanathan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Situasi Covid-19 negeri ini masih terkawal walaupun terdapat peningkatan kes khususnya di daerah Kota Tinggi serta kluster baharu yang menular ke tiga daerah di negeri ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, peningkatan kes di Kota tinggi ekoran daripada pengesanan kes secara aktif oleh Jabatan Kesihatan Johor.

“Kita dapati kluster baharu dilaporkan disebabkan sikap segelintir masyarakat yang tidak peka tentang keperluan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penyakit Covid-19. 

“Jabatan Kesihatan menyeru supaya rakyat Johor agar sentiasa mematuhi dan mengamalkan norma baharu iaitu penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Vidyananthan berkata, sehingga semalam, jumlah kluster yang aktif di negeri ini kekal lima kluster iaitu Kluster Jeri, Meldrum, Bayu, Kempas dan Padang.

Dalam pada itu, Vidyananthan turut memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru telah ditamatkan secara rasminya semalam.

Katanya, PKPD telah dilaksanakan selama 14 hari di kawasan tersebut. 

“Kerajaan negeri ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada semua anggota barisan hadapan yang terlibat dalam penugasan sepanjang pelaksanaan PKPD di ILKKM Johor Bahru,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.