Sekolah ditutup kekang penularan Covid-19 - Utusan Malaysia

Sekolah ditutup kekang penularan Covid-19

RAZMAN Zakaria (tengah) pada program menyerahkan bendera negeri kepada Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) di Gunung Semanggol, Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Dua buah sekolah di negeri ini ditutup seminggu mulai hari ini berikutan berlaku jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiah di Padang Rengas dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Ipoh.

SABK Maahad Al-Yahyawiah ditutup berikutan dua pelajarnya positif Covid-19 manakala seorang pelajar disahkan positif di SMK Jati.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria mengesahkan penutupan sekolah berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua sekolah berkenaan ditutup mulai hari ini sehingga 11 November dan akan dibuka semula pada 12 November.

“Penutupan ini untuk tujuan pembersihan dan proses nyah kuman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis menyerahkan bendera negeri kepada 48 Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) di Gunung Semanggol di sini hari ini.

Bendera yang diserahkan hari ini akan dikibarkan di setiap kampung selama sebulan sempena sempena sambutan ulang tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah esok.

Menurut Razman, sepanjang tempoh penutupan tersebut, pihak pentadbir sekolah diarahkan untuk memastikan semua guru dan murid dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya