RM60 juta untuk kampung baru  - Utusan Malaysia

RM60 juta untuk kampung baru 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM60 juta bagi pembangunan kampung baru pada tahun 2020.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, peruntukkan tersebut diberikan mengikut tiga pecahan program.

ZURAIDA KAMARUDDIN

Katanya, sebanyak RM42 juta diberikan kepada Program Pembangunan Infrastruktur Kampung Baru.

“Bagi Program Bantuan Baik Pulih Rumah, kerajaan menyediakan bantuan RM5 juta, manakala Program Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru sebanyak RM13 juta.

“Daripada RM42 juta Program Pembangunan Infrastruktur, sebanyak RM15.44 juta diluluskan untuk 255 projek di kampung-kampung baru manakala bagi bagi Program Bantuan Baik Pulih Rumah, peruntukan sebanyak RM1.71 juta diluluskan untuk membaik pulih 179 buah rumah,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) berkenaan jumlah peruntukan kampung baru yang disalurkan pada tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya