Polis cedera motosikal ditendang mat rempit - Utusan Malaysia

Polis cedera motosikal ditendang mat rempit

ANGGOTA Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Konstabel Muhammad Aiman Nordin yang cedera selepas motosikalnya terbabas ditendang mat rempit dalam kejadian di Kampung Tanjung Berembang, Nibong Tebal, Pulau Pinang awal pagi tadi. Pic IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cedera selepas motosikal yang ditungganginya ditendang seorang mat rempit di Kampung Tanjung Berembang, Nibong Tebal, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, anggota terbabit, Konstabel Muhammad Aiman Nordin, 20, yang terjatuh selepas motosikalnya terbabas mengalami luka pada beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, kejadian berlaku ketika anggota terbabit tiba di lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat berhubung aktiviti lumba haram di simpang jalan kampung tersebut.

Menurutnya, menyedari kehadiran dua anggota URB itu, kumpulan mat rempit berkenaan melarikan diri dalam dua kumpulan motosikal.

“Anggota tersebut kemudian mengejar mat rempit berkenaan hingga ke persimpangan Jalan Tok Tuntong, namun motosikal anggota URB itu telah ditendang oleh seorang pembonceng,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, anggota berkenaan mengalami kecederaan pada tangan kanan, siku dan luka calar pada muka dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap dekat sini.

“Remaja lelaki berusia 16 tahun yang menendang motosikal anggota URB terbabit bagaimanapun berjaya diberkas sejurus insiden tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya