Peniaga, pemandu teksi dan bas serta pelajar antara terima bantuan one off - Utusan Malaysia

Peniaga, pemandu teksi dan bas serta pelajar antara terima bantuan one off

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Meskipun Kerajaan Johor membentangkan belanjawan defisit, namun agenda kebajikan khususnya golongan terkesan pandemik Covid-19 seperti peniaga kecil, pemandu teksi, pemandu bas dan keluarga berpendapatan rendah sentiasa menjadi keutamaan apabila mereka masing-masing menerima bantuan one off sehingga RM500.

Antara menarik perhatian adalah pemberian wang tunai one-off sebanyak RM500 kepada 47,159 penyewa premis, pasar awam, peniaga pasar malam dan pasar tani yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, langkah itu merupakan satu intervensi dan bantuan segera kepada golongan yang begitu terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

Menurut beliau, selain itu pemberian wang tunai one-off sebanyak RM300 ringgit selama dua bulan kepada 26,626 penerima dari senarai e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Selain itu, pemberian wang tunai one-off sebanyak RM500 kepada 5,205 pemilik teksi, teksi limosin dan teksi lapangan terbang.

“Di samping itu, pemberian wang tunai one-off sebanyak RM500 kepada 2,071 pengusaha bas sekolah berdaftar selain pemberian insentif bantuan one-off sebanyak RM100 kepada 20,000 pemandu dan penghantar makanan syarikat ehailing yang berdaftar di Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan Johor 2021 bertema ‘Berdaya Tahan Demi Kemakmuran’ pada Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-14 di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Negeri turut memberikan wang tunai one off sebanyak RM150 kepada 35,000 mahasiswa anak Johor daripada keluarga B40.

”Pemberian wang tunai one-off sebanyak RM100 turut diberikan kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah yang berasal dari keluarga berpendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 sebulan.

“Jika sebuah keluarga mempunyai anak seramai lima orang dan bersekolah di peringkat rendah mahupun menengah mereka akan menerima RM500,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.