Pencemaran: 4 individu direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Pencemaran: 4 individu direman tujuh hari

EMPAT individu direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung pencemaran Sungai Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua pengarah syarikat pembinaan jalan raya direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pencemaran bau di Sungai Selangor semalam.

Turut direman bagi tempoh yang sama adalah dua lagi individu salah seorang merupakan warga Bangladesh.

Perintah tahanan reman terhadap semua suspek berusia 33 hingga 43 tahun itu dikeluarkan Majistret Nor Hafizah Rajuni.

Kesemua mereka termasuk seorang wanita direman mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu. empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pencemaran sumber air mentah sehingga mengakibatkan empat Loji Rawatan Air (LRA) ditutup semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kesemua suspek itu diberkas di Gombak, Damansara dan Kelana Jaya bermula tengah malam hingga awal pagi tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita berkenaan merupakan penama yang didaftarkan dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menyewa sebuah premis di Jalan Velox, Rawang tersebut.

“Manakala, dua suspek termasuk warga Bangladesh yang merupakan pekerja telah menumpang stok bahan-bahan kimia di premis sewaan tersebut. 

“Kita percaya terdapat aktiviti-aktiviti membuang sisa-sisa kimia ke dalam satu lubang kumbahan di premis yang disyaki terus mengalir ke kawasan tercemar,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan gangguan bekalan air, enam juga pengguna melibatkan 1,279 kawasan bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual yang dijangka bermula petang ini susulan penutupan empat Loji Rawatan Air (LRA).

Kawasan tersebut merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya