Pembantu kedai makan maut motosikal dilanggar - Utusan Malaysia

Pembantu kedai makan maut motosikal dilanggar

KEADAAN motosikal Muhammad Hazrin Mohd. Jamil yang rosak teruk dalam kemalangan di Jalan Balai Besar-Alor Tempoyak, Dungun di Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang pembantu kedai makan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di Jalan Balai Besar-Alor Tempoyak di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.55 pagi itu, mangsa Muhammad Hazrin Mohd. Jamil, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dikatakan tercampak daripada motosikalnya. 

MUHAMMAD HAZRIN MOHD. JAMIL

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha Ego dikatakan dalam perjalanan dari kediamannya di kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran di Kampung Balai Besar menuju ke tempat kerja di bandar ini. 

“Ketika keluar dari simpang, mangsa dilanggar kereta Proton Iriz dipandu seorang peneroka Felda Kerteh 3 berusia 54 tahun yang ketika itu dalam perjalanan dari arah Balai Besar menghala ke Alor Tempoyak. 

“Akibat pelanggaran itu mangsa tercampak ke sebelah kanan dan motosikalnya rosak teruk,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Baharudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.