Pegawai syarikat telekomunikasi pula direman - Utusan Malaysia

Pegawai syarikat telekomunikasi pula direman

SEORANG suspek pegawai syarikat telekomunikasi direman lima hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan SMS di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini, hari ini. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pegawai syarikat telekomunikasi direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ia susulan penahanan reman tiga pengarah syarikat semalam termasuk dua antaranya bergelar Datuk bagi kes yang sama.  

Menurut sumber, suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM300,000 yang diterima secara berperingkat melalui akaun peribadinya daripada salah sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan senarai nombor telefon pelanggan pelan prabayar dari 2017 hingga sekarang.

“Nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna,” katanya.

Terdahulu, suspek berumur 49 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Putrajaya kira-kira pukul 9 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Pihak SPRM membuat permohonan perintah remah di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Perintah reman sehingga 15 November depan itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Aisyah Mohd. Yusof.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya