Pahang perketat kawalan sempadan, laluan tikus - Utusan Malaysia

Pahang perketat kawalan sempadan, laluan tikus

ABD. Jalil Hassan (tengah) ketika majlis penutupan Kursus Pengendalian Motosikal Ringan Kelas B2 Kontinjen Pahang Siri1/2020 di Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alor Akar, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kawalan di laluan tikus dan kawasan sempadan dikawal lebih ketat polis 24 jam bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di negeri ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, ini bagi mengelak individu berisiko pembawa virus pembunuh tersebut daripada memasuki negeri ini tanpa surat kebenaran.

Beliau menambah, lebih 170 anggota ditempatkan di laluan tikus serta mengawal sekatan jalan raya di sempadan negeri melibatkan daerah Rompin, Bentong, Bera dan Kuantan.

“Kita bertegas dalam perkara ini kerana Pahang masih berada di zon hijau. Kita juga alu-alukan mereka ini menjalani ujian calitan Covid-19 bagi memastikan negatif ketika memasuki Pahang di samping dapatkan surat kebenaran rentas sempadan dari polis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penutupan Kursus Pengendalian Motosikal Ringan Kelas B2 bagi Kontinjen Pahang Siri1/2020 di Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alor Akar dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya