NS bincang dengan TM tingkatkan capaian Internet - Utusan Malaysia

NS bincang dengan TM tingkatkan capaian Internet

MOHAMAD RAFIE ABDUL MALEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sudah mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi, Telekom Malaysia Bhd. (TM) bagi meningkatkan lagi kemudahan capaian Internet di negeri ini.

Langkah itu bagi menyokong keperluan murid-murid sekolah dan pelajar terutamanya di luar bandar bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, sistem pendidikan dan pembelajaran ketika ini begitu terkesan susulan penularan pandemik Covid-19.

Malah, langkah untuk mengadakan PdP secara dalam talian juga tidak berjalan dengan baik berikutan masalah capaian Internet yang tidak baik selain faktor ketiadaan peralatan seperti komputer riba terutama dalam kalangan murid kurang bernasib baik.

“Kerajaan memang memahami keadaan capaian Internet yang kurang baik di beberapa kawasan, justeru kita ada perbincangan dengan pihak TM dalam usaha untuk memastikan dengan segera diambil tindakan untuk melihat bagaimana boleh dipertingkatkan lagi kemudahan Internet di Negeri Sembilan.

“Kita kena akui bahawa dari segi sistem pembelajaran dan pendidikan adalah terkesan jika menggunakan sistem pembelajaran dalam talian, dua faktor utama menjadi masalah iaitu pelajar tidak mempunyai peralatan, peranti seperti komputer riba dan masalah kedua pula ialah banyak tempat tidak mempunyai capaian Internet yang baik,” katanya kepada pemberita di sini.

Tambah Mohamad Rafie lagi, kerajaan negeri juga mengambil inisiatif dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.5 juta termasuk untuk tujuan pemberian komputer riba kepada anak-anak negeri ini yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti.

“Sumbangan komputer riba untuk pelajar-pelajar di peringkat ijazah adalah bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan ini untuk mempunyai perkakasan sesuai untuk belajar secara dalam talian. Kerajaan akan membantu dalam hal ini secara berperingkat-peringkat.

“Kita juga boleh mengusahakan untuk membantu murid-murid sekolah dengan meletakkan kemudahan komputer dengan Internet contohnya di balai raya tetapi ia juga akan mengakibatkan berlakunya berkumpul beramai-ramai kerana dalam situasi pandemik Covid-19 adalah untuk mengelakkan ia daripada berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, cabaran adalah untuk memastikan setiap rumah mempunyai kemudahan peralatan bagi pembelajaran dalam talian ia ia memerlukan capaian Internet yang baik untuk gunakan kemudahan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.