MM2H dibeku sementara untuk perinci aspek  

Program Malaysia Rumah Keduaku dibeku sementara untuk perinci aspek  

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembekuan sementara Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dibuat bagi penelitian terperinci dengan meliputi aspek keselamatan, hartanah, kesejahteraan dan impak ekonomi.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program itu juga tidak dibatal dan hanya melaksanakan proses penambahbaik.

“Kita mengkaji semula dan membuat syarat-syarat tertentu. Sebab itu apa yang dikemukakan, permohonan itu dikembalikan bagi membolehkan mereka dapat menepati syarat-syarat yang baharu.

“Kita tidak mahu ianya diberikan kepada kita tetapi selepas itu kita tahan dan mereka merasa kerugian. Sebenarnya deposit tidak hilang pemohon boleh meminta semula dengan ejen,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) yang ingin tahu bagaimana kerajaan boleh memberi bantuan kewangan kepada peserta yang telah membayar deposit. 

Tambah Nancy berkata, walaupun menyedari pembekuan itu memberi kesan kepada ekonomi negara, ia perlu dilakukan memandangkan program itu tidak pernah melalui semakan terperinci sejak dilancarkan pada tahun 2002.

Dalam perkembangan lain, Nancy yang menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Salim Sharif (BN-Jempol) berkata, sebanyak 66,458 permohonan telah diluluskan dan China merupakan negara yang mencatatkan permohonan paling tinggi.

“Negara lain yang turut membuat permohonan ialah Jepun, Bangladesh, Republik Korea, United Kingdom, Hong Kong, Singapura, Taiwan, Iran dan India,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya