Melaka Gateway diteruskan, kerajaan negeri tutup mulut - Utusan Malaysia

Melaka Gateway diteruskan, kerajaan negeri tutup mulut

SULAIMAN Md. Ali (tiga dari kanan) memberi makan kepada seekor burung selepas melancarkan Kempen Promosi Pakej Melakan Visit Melaka 2020 dan Zoo Tunnel di Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiada apa-apa kenyataan akan dikeluarkan kerajaan negeri berhubung penamatan perjanjian penambakan laut bersama syarikat pemaju Melaka Gateway, KAJ Development (KAJD) Sdn. Bhd. yang dikeluarkan sebelum ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, sebarang pertanyaan mengenai isu tersebut boleh diajukan kepada peguam yang dilantik.

“Saya tiada apa-apa komen, hubungi peguam,” katanya ringkas ketika ditanya selepas melancarkan Kempen Promosi ‘Pakej Melakan Visit Melaka 2020 dan Zoo Tunnel di sini hari ini.

Pada 21 November lalu, KAJ Development menggesa kerajaan negeri memberi penjelasan terhadap arahan membatalkan projek mega tersebut pada 16 November lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas KAJD, Datuk Michelle Ong berkata, kerajaan negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) menyerahkan surat penamatan bagi Perjanjian Tebus Guna Tanah, namun tidak memberikan sebarang sebab kukuh.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada projek mega itu akan diteruskan atau sebaliknya, Sulaiman menegaskan, projek pembangunan komersial bercampur seluas 246.4 hektar itu akan diteruskan.

“Pembangunan akan diteruskan kerana pelbagai model perniagaan kita ada cuma ada perkara teknikal yang kita perbetulkan sedikit apatah lagi ia terletak di bawah koridor ekonomi baharu Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).

“Jangan risau, projek akan terus dilaksanakan kerana kita tak mahu biarkan ia diabaikan,” katanya.

Terdahulu, Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, syarikat berkenaan ditamatkan perjanjian tersebut yang bermula sejak 4 Oktober 2017 kerana didapati gagal menyiapkan projek itu.

Satu notis penamatan perjanjian telah dikemukakan kepada pihak syarikat terbabit selain mereka dikehendaki menyerahkan tapak projek itu berkuat kuasa pada notis penamatan dikeluarkan Kerajaan Negeri Melaka.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya