Lokman Noor Adam sah ditahan

Lokman Noor Adam sah ditahan polis semalam

LOKMAN NOOR ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ibu negara semalam.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penahanan itu.

“Ya, kita tahan beliau,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Lokman ditahan ketika sedang bersiaran langsung menerusi laman sosial Facebook (FB) di sebuah restoran miliknya berhampiran Pusat Dagangan Dunia (PWTC) di sini kira-kira pukul 11 malam tadi.

Beliau menerusi siaran langsung bertajuk “Setiap MP bakal disogok RM3 juta peruntukan jika Bajet 2021 diluluskan? Biar Betul?” memaklumkan didatangi pegawai polis sebelum menamatkannya.

Dalam pada itu, Lokman turut membuat hantaran melalui Facebooknya meminta bantuan peguam.

“Mohon hantar peguam ke JSJT (Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas) Bukit Aman.

“Saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya