Lebih 400 perniagaan koperasi kredit terjejas - Utusan Malaysia

Lebih 400 perniagaan koperasi kredit terjejas

ABDUL Fattah (tengah) menyerahkan sumbangan kepada wakil Koperasi Keluarga Haji Sulaiman, Datuk Hanafi Sulaiman menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Coopcare di Bilik Gerakan Kampung Kuala Sawah, Rantau dekat sini hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lebih 400 perniagaan koperasi kredit di negara ini terjejas berikutan penularan pandemik Covid-19 sejak bulan Mac lalu.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ia melibatkan jumlah pengurangan kutipan pembayaran balik sebanyak kira-kira RM50 juta sebulan akibat pelaksanaan moratorium.

“Ketika ini, kami mempunyai 600 koperasi kredit di negara ini namun lebih 400 daripadanya telah terkesan.

“Kami sepatutnya memperolehi RM1.3 bilion sebulan. Bagaimanapun, berlaku pengurangan sebanyak 30 peratus sejak moratorium dilaksanakan pada bulan April lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Coopcare di Bilik Gerakan Kampung Kuala Sawah, Rantau dekat sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Angkasa menyumbangkan sebanyak 70 pek kepada anggota koperasi dan penduduk Kampung Kuala Sawah, Rantau yang terjejas ekoran banjir yang melanda kawasan tersebut, 4 November lalu.

“Jumlah keseluruhan bernilai RM4,900 diagihkan kepada mangsa banjir yang merupakan anggota Koperasi Keluarga Haji Sulaiman Berhad, Koperasi Kariah Masjid Taman Rasah Jaya Berhad dan anggota koperasi sekitar Kampung Kuala Sawah, Rantau,” katanya.

Sementara itu, menurut Abdul Fattah, selain pembiayaan koperasi kredit, koperasi pelancongan turut mengalami kesan yang sama namun perniagaan tersebut masih relevan buat masa ini.

“Hal ini kerana, pengurusan koperasi boleh menukar strategi perniagaan mereka mengikut kesesuaian keadaan semasa. Ia berikutan ahli koperasi merupakan pemegang saham begitu juga polisinya yang ditentukan oleh ahli koperasi sendiri yang berbeza dengan entiti perniagaan lain,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya