Kontraktor ditahan kes tipu bina, ubah suai rumah

Kontraktor ditahan kes tipu bina, ubah suai rumah

KONTRAKTOR (tengah) yang disyaki menipu orang ramai apabila gagal menyiapkan pembinaan dan ubah suai rumah dibawa ke Mahkamah Sungai Petani untuk mendapat perintah reman hari ini. - FOTO/NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang kontraktor binaan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan membabitkan urusan pembinaan dan pengubahsuaian rumah dengan kerugian berjumlah RM535,000 sejak tiga tahun lalu.

Suspek berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Dia kemudian dibawa ke Kompleks Mahkamah Sungai Petani semalam untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Penolong Pendaftar Mahkamah di sini, Mohammad Alif Abdul Aziz membenarkan suspek direman selama tiga hari bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintenden Elias Omar berkata, suspek ditahan atas kesalahan memperdaya mangsa dengan mengiklankan perkhidmatan dalam urusan pembinaan dan pengubahsuaian rumah melalui Facebook dengan kerugian berjumlah RM535,000. 

“Hasil siasatan awal, suspek mengaku telah menggunakan wang deposit yang dibayar oleh mangsa untuk tujuan pusingan modal perniagaan.

“Kita juga menerima sembilan laporan polis membabitkan modus operandi dan suspek yang sama,” jelasnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kelmarin, seramai 17 individu dari negeri ini, Perlis dan Pulau Pinang membuat laporan di IPD Kuala Muda bagi setelah menyedari ditipu kontraktor terbabit.

Mereka mendakwa, kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian rumah yang dijanjikan tidak disiapkan seperti yang dinyatakan dalam surat perjanjian mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya