Kerajaan PN lemah, guna duit beli wakil rakyat-Tun M  - Utusan Malaysia

Kerajaan PN lemah, guna duit beli wakil rakyat-Tun M 

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN ) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai lemah dan tidak mampu memberi tumpuan serta gerak kerja demi kepentingan negara mahupun  rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,  ini kerana PN tidak mempunyai majoriti sebagaimana beliau ketika menjadi Perdana Menteri keempat iaitu majoriti dua pertiga.

Malah beliau mendakwa pentadbiran kerajaan PN menggunakan wang membeli wakil rakyat bagi menjatuhkan kerajaan .

“Kerajaan ini terlalu lemah kelebihan ada satu dua orang sahaja. PN boleh tumbang bila-bila masa andai ada wakil mereka yang ‘senak perut’. Apabila lemah  tidak boleh menjayakan kerja  dengan sempurna. Dulu waktu saya PM saya ada dua pertiga di belakang saya.

“Orang macam ini  (Muhyiddin)  fikir bagaimana mahu kekalkan diri. Bukan soal negara. Apa idea yang datang daripada Muhyiddin sejak dia jadi PM ? ” katanya dalam wawancara bersama Astro Awani semalam.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, beliau akui ada menerima tawaran bagi menyertai PN sebelum ini.

“Tapi saya kata kena syarat .Mereka nak saya sertai mereka namun saya dapati banyak yang tidak kena. Kerajaan ini lebih kurang sama dengan  Najib. guna duit beli wakil rakyat  jatuhkan kerajaan. Itu  saya tak terima. 

“Bila cadang ‘buat’ PN mereka jemput saya. Suruh jadi ketua juga. Saya tidak mahu kerana saya dapati  dalam gabungan ada UMNO dengan semua enam orang penjenayah . Jadi  saya tidak mahu dapat sokongan dengan enam orang ini,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya