Jangan spekulasi kematian pemandu ambulans - Utusan Malaysia

Jangan spekulasi kematian pemandu ambulans

GAMBAR yang tular seorang pemandu ambulans meninggal dunia selepas dikatakan menghantar pesakit Covid-19 di sebuah hospital di Perak. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi mengenai kematian seorang pemandu ambulans yang dikatakan meninggal dunia selepas menghantar pesakit Covid-19 di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, kakitangan dari Klinik Kesihatan Tronoh itu pengsan semasa menjalankan tugasannya.

Menurutnya, kakitangan itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) di sini dan meninggal semalam semasa menerima rawatan.

“Jabatan Kesihatan negeri akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes ini dalam masa terdekat setelah laporan bedah siasat dan punca kematiannya diketahui.

“Jangan tularkan berita yang tidak sahih, hormati sensitiviti keluarganya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kit makanan dan kesihatan kepada mangsa banjir di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Parit Haji Aman di sini hari ini.

Tular dalam media sosial sejak semalam gambar seorang pemandu ambulans yang dikatakan meninggal dunia selepas menghantar seorang pesakit Covid-19 ke sebuah hospital di negeri.

Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring dengan memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.