Industri perkahwinan dicadang tukar bidang - Utusan Malaysia

Industri perkahwinan dicadang tukar bidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain industri perkahwinan yang terkesan kerana prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dicadang bertukar kepada bidang perniagaan lain yang lebih bersesuaian buat masa ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan berikutan suasana perkahwinan di negara ini telah berubah selaras dengan kebiasaan baharu.

Beliau berkata, meskipun 36,000 syarikat ditutup sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, statistik turut mencatatkan 82,000 pendaftaran perniagaan baharu.

“Dalam keadaan sedemikian, semua sudut alam perkahwinan ini telah berubah. Maka sepatutnya, saya mencadangkan mereka patut migrate (pindah) daripada satu bisnes kepada satu bisnes yang lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) berkenaan langkah khusus kementerian membantu industri perniagaan berasaskan perkahwinan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya