Geng Mael kuasai Wang Kelian - Utusan Malaysia

Geng Mael kuasai Wang Kelian

ROSMAN KASMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga kumpulan didalangi sindiket tempatan kini dikesan aktif menyeludup barang ke negara jiran melalui sempadan Malaysia-Thailand, Wang Kelian, Perlis.

Antaranya, Geng Lini, Geng Mael dan Geng Pak Usu yang diketuai tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun dikenali sebagai Jijun, Kadok dan Mat Uli.

Melalui kegiatan penyeludupan, mereka dipercayai hidup mewah yang ‘luar biasa’ hingga tinggal di kediaman jenis banglo serta menggunakan kenderaan bernilai ratusan ribu.

Pegawai Memerintah Batalion 3 PGA Senoi Praaq, Superintenden Rosman Kasman berkata, jika sejak empat tahun kebelakangan ini, Wang Kelian dikenali sebagai pekan ‘koboi’ apabila keputusan kerajaan menutup Zon Aliran Bebas namun kawasan tersebut dipercayai dijadikan sindiket sebagai laluan utama bagi menjalankan kegiatan penyeludupan.

Menurut beliau, ketum merupakan antara bahan terlarang yang diseludup ke sindiket negara jiran.

“Kumpulan ini dikesan menjalankan sistem barter dengan menyeludup ketum kepada kumpulan negara jiran.

Sebagai pertukaran, penyeludup dari Thailand akan membekal dadah seperti ganja dan syabu kepada sindiket tempatan.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga ketua sindiket ini berjaya diberkas dan kegiatan penyeludupan ini dipercayai dijalankan saki-baki kumpulan ini,” katanya,” kepada Mingguan Malaysia, semalam.

Dalam pada itu, Rosman berkata, selain dadah, kumpulan ini juga bergiat aktif dalam kegiatan penyeludupan barang kawalan serta pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk masuk secara haram ke negara ini.

Jelasnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan sindiket itu juga terlibat menyeludup senjata api namun itu masih dalam siasatan.

“Bagaimanapun, sejak beberapa insiden baru-baru ini termasuk mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis, kumpulan ini seakan memperlahankan aktiviti mereka.

“Namun, mereka dipercayai akan aktif semula kerana kegiatan ini tidak akan terhenti selagi ada permintaan,” ujarnya.

Jelas Rosman, ada antara kumpulan terbabit sebelum ini pernah diberkas serta didakwa namun mereka dikesan kembali aktif menjalankan kegiatan itu.

Tambahnya, sekurang-kurangnya 10 lagi sindiket dipercayai aktif dalam kegiatan penyeludupan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand.

Pada tahun 2015, Wang Kelian digemparkan dengan penemuan 106 rangka manusia mangsa sindiket pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya, sejak daripada itu pekan tersebut mula sepi.

Pada 1 April tahun sama, Jabatan Imigresen telah membatalkan serta-merta kemudahan pergerakan bebas ke pasar sempadan itu antara Malaysia dan Thailand bagi menyekat ancaman dan mengekang penyeludupan barangan terlarang yang dilihat menjadi ancaman-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya