Enam keluarga terputus hubungan laluan utama ditenggelami air - Utusan Malaysia

Enam keluarga terputus hubungan laluan utama ditenggelami air

Laluan utama ke Kampung Tok Kundur di Pasir Puteh, Kelantan dinaiki air sehingga penduduk terputus hubungan hari ini.- UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Enam keluarga di Kampung Tok Kundur, di sini, terputus hubungan apabila laluan utama ke kampung itu ditenggelami air sedalam 1.5 meter akibat hujan lebat.

Mereka terpaksa menggunakan sampan untuk mengharungi kawasan banjir sejauh 800 meter untuk keluar mendapatkan barangan keperluan di bandar Pasir Puteh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, rumah enam keluarga itu masih belum dinaiki air dan mereka tidak perlu dipindahkan.

“Adalah lebih baik mereka tinggal di rumah masing-masing daripada dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam usaha mencegah penularan Covid-19.

“Setakat ini, barang-barang keperluan harian termasuk beras, sardin, gula dan teh telah dihantar oleh petugas bantuan banjir bagi keperluan keluarga terbabit,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Azhar berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan terkini dan jika kediaman enam keluarga terbabit turut dinaiki air langkah terakhir memindahkan mereka ke PPS akan disegerakan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN