Datuk didakwa ugut guna pistol, cederakan wanita - Utusan Malaysia

Datuk didakwa ugut guna pistol, cederakan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan, ugutan jenayah menggunakan pistol dan mencederakan seorang wanita bulan lalu.

Tertuduh, Datuk Razali Daud, 63, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Mohd. Izuddin Mohd. Shukri.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan cara menakutkan Fauzilah Mohamed, 53, menggunakan pistol yang boleh menyebabkan kematian atau cedera parah.

Perbuatan itu dilakukan berhampiran pusat jualan kereta di Jalan Long Yunus, di sini, 28 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Fauzilah pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Adha Amir Yasser Amri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya