Belanjawan lulus, kedudukan Muhyiddin semakin stabil - Utusan Malaysia

Belanjawan lulus, kedudukan Muhyiddin semakin stabil

MUHYIDDIN Yassin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Kabinet berjaya melalui ujian terbesar tahun ini apabila Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 diluluskan melalui suara majoriti di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Meskipun terdapat cubaan untuk mencadangkan undian secara belah bahagi, hasrat yang dikemukakan pembangkang itu nampaknya gagal apabila tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen pembangkang.

Ini kerana, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan, hanya 13 ahli Parlimen sahaja yang bangun untuk menyokong usul belah bahagi berkenaan sedangkan peraturan menetapkan memerlukan sokongan 15 ahli dewan.

Antara yang kelihatan bangun menyokong belah bahagi ialah Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) dan Khalid Abd. Samad (PH-Shah Alam).

Lulusnya Belanjawan 2021 di peringkat dasar hari ini menunjukkan perubahan peruntukan yang dilakukan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz terutamanya dalam soal pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjaya menarik perhatian pembangkang dan mengukuhkan sokongan ahli Parlimen kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya