200 pesakit kanser terima pulut kuning sempena Hari Keputeraan Sultan Johor - Utusan Malaysia

200 pesakit kanser terima pulut kuning sempena Hari Keputeraan Sultan Johor

Salah seorang pesakit kanser menerima pulut kuning di Wad Kanser Hospital Sultan Ismail daripada wakil Yayasan Kanser Tunku Laksamana Jalil. UTUSAN/FARAHWAHIDA AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Lebih 200 pesakit kanser menerima kurniaan pulut kuning daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersempena ulang tahun keputeraan Baginda yang ke-62 pada hari ini.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) sebelum diagihkan kepada lebih 200 penghidap kanser sekitar negeri ini.

Mereka yang menerima kurniaan itu adalah pesakit dan kakitangan di Wad Kanser Hospital Sultan Ismail, Wad Hematologi Tunku Laksamana Johor Hospital Sultanah Aminah serta Kompleks Tunku Laksamana Johor Hospital Permai.

Pengagihan kurniaan pulut kuning telah disampaikan oleh kakitangan yang juga merupakan wakil YKTLJ kira-kira pukul 6 petang di tiga hospital tersebut.

YKTLJ telah diilhamkan oleh Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim pada 26 Jun 2015 bagi memberi bantuan kewangan serta perubatan kepada pejuang-pejuang kanser di Johor. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya