17 bubu naga dirampas - Utusan Malaysia

17 bubu naga dirampas

BUBU naga yang dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang di kedudukan 29.2 kilometer dari kawasan laut Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri merampas 17 set bubu naga pada kedudukan 29.2 kilometer dari kawasan laut Teluk Bahang, di sini.

Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, semasa rondaan rutin Op Pertiwi kira-kira pukul 7.30 malam kelmarin, kru bot Maritim Malaysia mengesan objek mencurigakan di permukaan air.

Katanya, anggota yang bertugas ketika itu mengesyaki terdapat penanda bubu naga dipasang tanpa pengawasan individu atau kumpulan orang yang tidak bertanggungjawab.

“Pemeriksaan mendapati sebanyak 17 set bubu naga dipasang sekitar kawasan berkenaan.

“Kesemua bubu naga berkenaan dirampas dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban dan kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan dengan cara menggunakan peralatan menangkap ikan secara haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, Maritim Malaysia memandang serius kesalahan itu kerana penggunaan bubu naga secara haram boleh menjejaskan sumber perikanan.

“Bubu naga turut memerangkap anak-anak ikan komersial sekali gus memberi kesan buruk kepada sumber hasil laut dan memusnahkan biodiversiti marin,” katanya.

Dalam pada itu katanya, orang awam diminta melaporkan sebarang kejadian mencurigakan, kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya