154 keluarga terima barang keperluan daripada MRM  - Utusan Malaysia

154 keluarga terima barang keperluan daripada MRM 

PEGAWAI APM menyampaikan barangan keperluan sumbangan MRM kepada penghuni di Sri Sentosa, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Multiracial Reverted Muslims (MRM) hari ini meneruskan misi bantuan kepada 154 keluarga yang terkesan ekoran pandemik Covid-19.

 

Pengasas dan Presiden MRM, Firdaus Wong Wai Hung berkata, daripada jumlah itu sebanyak 120 keluarga adalah penghuni di Sri Sentosa, Jalan Kelang Lama, di sini.    

Selain itu, katanya, barang-barang keperluan asas diedarkan kepada 24 keluarga di Pangsapuri Court 1 Puchong Utama dan 10 keluarga di Pangsapuri Seri Utama Puchong Utama. 

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana sekali lagi MRM diberi peluang menyalurkan sumbangan keperluan asas kepada yang memerlukan. Sumbangan itu diedarkan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Jazakumullahu khairan sekali lagi atas sokongan dan sumbangan sahabat kepada MRM untuk ummah, demi Islam kerana Allah SWT. Semoga kita terus menjadi asbab kebaikan buat masyarakat.,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mereka yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor di no 5648 1052 0353.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya