1,310 mangsa banjir di Kemaman - Utusan Malaysia

1,310 mangsa banjir di Kemaman

MAMAT @ Mohammad Abdullah meninjau jambatan yang menghubungkan antara Kampung Air Putih dan Kampung Teladas di Kemaman yang dinaiki banjir. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Kemaman meningkat kepada 1,310 orang berbanding 659 orang yang dilaporkan petang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 8 pagi ini, kesemua mereka ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu.

Katanya, PPS itu ialah di dewan serbaguna Kampung Air Putih, balai raya Kampung Teladas, Masjid Kampung Dadong, Surau Haji Othman, Kampung Felda Seberang Tayor, Masjid Kampung Batu 16 dan dewan orang ramai Batu 16.

Menurutnya, pertambahan mendadak mangsa banjir di Kemaman sejak semalam menjadikan keseluruhan yang terjejas akibat bencana itu adalah seramai 1,692 orang termasuk 344 orang di Dungun di samping Kuala Terengganu (17), Marang (14) dan Kuala Nerus (7).

“Cuaca di sebahagian besar daerah seperti di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus agak cerah susulan penamatan amaran cuaca waspada (kuning). Jika cuaca di Kemaman baik dan tiada hujan maka kita menjangkakan sebahagian penduduk boleh pulang ke rumah masing-masing hari ini,” katanya kepada pemberita di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya