1,000 hektar sawah terjejas banjir di Kerian - Utusan Malaysia

1,000 hektar sawah terjejas banjir di Kerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Hampir 1,000 hektar sawah padi di Gunung Semanggol dekat sini terjejas akibat banjir yang berlaku sejak tiga hari lalu.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) negeri, Datuk Sham Mat Sahat berkata,  sehubungan itu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di sini dan seluruh negeri diminta segera membuat bancian terhadap sawah yang terkesan akibat banjir.

Menurutnya, ini bagi membolehkan bantuan segera disalurkan kepada pesawah yang terlibat.

“Data mengenai jumlah sawah yang terjejas banjir diperlukan segera bagi memboleh PPK mengemukakan permohonan kepada kerajaan bagi menentukan bentuk bantuan yang sesuai.

“Pesawah yang terlibat boleh mengemukakan laporan terus kepada PPK untuk direkodkan.

“Selepas mendapat laporan itu, kita akan mengemukakan permohonan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bagi membolehkan bantuan benih padi diberikan kepada pesawah yang terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan barang makanan kepada 63 keluarga mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman di sini hari ini.

PPS itu yang dibuka pada Jumaat lalu kini menempatkan 152 mangsa dari 63 keluarga.

Sham, yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Alor Pongsu turut meminta kerajaan mengembalikan bantuan RM600 sementara menunggu padi dituai khas untuk pesawah yang terjejas akibat banjir di sini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan ketua-ketua jabatan di Daerah Kerian bagi membolehkan projek pembinaan saliran atau terowong khas untuk air dari Kolam Bukit Merah di sini terus dialirkan ke laut.

“Banjir yang berlaku di beberapa buah kampung di Bagan Serai disebabkan pelepasan air dari Kolam Bukit Merah yang mencapai paras bahaya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.