fbpx

27 Oktober 2020, 8:21 pm

  TERKINI

Warga Pakistan lakukan amang seksual ditahan

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang penjual aiskrim warga Pakistan ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak berusia 14 tahun di Taman Seri Indah, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa bersama adiknya keluar ke hadapan rumah untuk membeli aiskrim yang dijual suspek berusia 25 tahun.

Katanya, suspek yang menunggang motosikal bertindak memegang bahu mangsa yang sedang memilih aiskrim membuatkan mangsa terkejut dan berundur untuk menjauhkan diri.

“Bagaimanapun, ketika mangsa ingin membuat pembayaran, suspek memegang tangan mangsa dan mahu menciumnya.

“Mangsa dan adiknya masuk ke dalam kawasan rumah dan menutup pintu pagar walaupun suspek menunjukkan wang sambil memanggil mangsa,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek sekali lagi datang ke kawasan perumahan terbabit kira-kira pukul 4.30 petang semalam sebelum ditahan orang awam.

Katanya, video tangkapan suspek juga tular menerusi aplikasi media sosial Facebook dan Whatsapp.

“Pasukan D7 yang kemudiannya membuat tangkapan semula mendapati suspek cedera di bahagian mulut dan dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.  -UTUSAN