UMNO akui kerajaan PN goyah - Utusan Malaysia

UMNO akui kerajaan PN goyah

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO mengakui yang kerajaan hari ini goyah berikutan lima usul undi tidak percaya yang dibuat semalam oleh parti Pejuang.
Menjelaskan perkara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus bertindak sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan yang semakin hilang susulan keretakan dalaman yang berlaku ketika ini.
Tambah beliau, perkara ini bukan sahaja dipandang serius oleh bekas pemimpin parti Bersatu, malah UMNO turut menyifatkan perkara usul undi tidak percaya ini membahayakan keadaan politik negara.
“PN goyang, UMNO sekarang amat serius, minta Tan Sri Muhyiddin juga serius.
“Sebab UMNO tidak lagi mahu diambil kesempatan macam dulu lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Terdahulu, usul undi tidak percaya sekali lagi dikemukakan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kali ini dikemukakan sendiri lima ahli Parlimen iaitu Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah dan ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.
Usul tersebut dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azhar Azizan Harun semalam serta resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Muhyiddin selaku Ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN