Tabung Musa'adah Covid-19 2.0 sasar RM10 juta - Utusan Malaysia

Tabung Musa’adah Covid-19 2.0 sasar RM10 juta

AHMAD Marzuk Shaary berucap pada majlis pelancaran Tabung Musa'adah Covid-19 2.0 di Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tabung Musa’adah Covid-19 2.0, inisiatif kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), menyasarkan kutipan dana RM10 juta bagi membantu mereka yang terjejas ekoran pandemik tersebut. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, ketika dilancarkan buat kali pertama sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, tabung itu berjaya mengumpul sekitar RM4.8 juta.

“Sebanyak 80 peratus daripada jumlah yang dikumpulkan dalam tabung tersebut sudah diagihkan di seluruh negara tanpa mengira bangsa dan agama.

“Melihat kepada gelombang ketiga pandemik yang dua kali ganda lebih besar, Jakim bersama YWM mengambil inisiatif menghidupkan Tabung Musa’adah Covid-19 2.0,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran dan penyampaian sumbangan tabung itu di sini semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya