SK Seri Sentosa dibuka semula esok - Utusan Malaysia

SK Seri Sentosa dibuka semula esok

SEKOLAH Kebangsaan Seri Sentosa di Nibong Tebal, Pulau Pinang yang sebelum ini diarah tutup selama seminggu akan dibuka semula esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa di Nibong Tebal yang sebelum ini diarahkan ditutup selama seminggu ekoran terdapat kes Covid-19 akan dibuka semula esok.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, sesi persekolahan di sekolah berkenaan boleh diikuti seperti biasa.

“Sekolah akan dibuka semula esok. Hanya seorang murid yang dikesan positif Covid-19 di sekolah berkenaan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sebelum ini, SK Seri Sentosa ditutup seminggu bermula 20 Oktober lalu selepas kes Covid-19 dilaporkan di sekolah berkenaan.

Selain itu pada 1 Oktober lalu, SK Permatang Janggus di Penaga, Kepala Batas dekat sini ditutup selama lapan hari.

Hampir 400 murid di sekolah itu menjalani ujian saringan Covid-19 susulan seorang guru wanita sekolah terbabit dikesan positif Covid-19.

SK Permatang Janggus dibuka semula 9 Oktober lalu selepas rantaian Covid-19 berjaya diputuskan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya