Rakyat Malaysia di Singapura tidak pernah dihalang pulang Malaysia - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia di Singapura tidak pernah dihalang pulang Malaysia

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak pernah menghalang rakyat Malaysia dari Singapura  untuk pulang ke negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat beberapa kategori permohonan bagi urusan keluar masuk ke Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan  Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember ini.

Katanya, permohonan itu boleh dibuat melalui MyTravelPass yang boleh diakses di laman sesawang rasmi  Jabatan Imigresen www.imi.gov.my. 

“Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan tidak mahu  pulang dengan menggunakan Periodical  Commuting Arrangement (PCA), mereka boleh terus ke Pintu  Masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) atau Kompleks Sultan Abu  Bakar (KSAB) dan perlu menjalani Kuarantin Wajib 14 hari. 

“Kebenaran bagi Reciprocal Green Lane (RGL) dan PCA telah diumumkan sebelum ini oleh  Kementerian Luar Negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 649 individu atas kesalahan ingkar arahan  PKPP dengan seramai 606 individu telah dikompaun, manakala 43 individu pula direman.

Kata beliau, tidak memakai pelitup muka masih mencatat kesalahan tertinggi dengan 213 individu ditahan melibatkan kesalahan itu selain penjarakan fizikal (151), aktiviti pusat hiburan (75), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (67)  dan lain-lain kesalahan  (143).

Menurut beliau, sebanyak 59,533 pemeriksanaan dibuat melalui 2,966 pasukan pematuhan yang terdiri  daripada 13,453 anggota.

“Operasi Benteng pula telah berjaya menahan 92 pendatang tanpa izin (PATI), serta  berjaya merampas empat kenderaan darat.

“Daripada jumlah itu, Rejimen Pertama Kor Armor Diraja telah  berjaya menangkap 26 PATI di Kolam Udang Agriculture, Johor  Bahru, Johor,” katanya. 

Ismail Sabri berkata, sehingga semalam, seramai 51,235 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan  antarabangsa. 

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 8,386 individu sedang menjalani  kuarantin wajib di 69 Hotel dan 16 premis lain.

“Seramai 381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 42,468 individu telah dibenarkan pulang ke rumah,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya