PM pengerusikan mesyuarat khas Covid-19 - Utusan Malaysia

PM pengerusikan mesyuarat khas Covid-19

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Memetik laporan Bernama, mesyuarat itu dihadiri Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin serta menteri-menteri berkaitan.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Semalam, Malaysia mencatatkan 287 kes baharu Covid-19, jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN