PKPB tangguh pemimpin parti politik menghadap Agong - Utusan Malaysia

PKPB tangguh pemimpin parti politik menghadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penangguhan pertemuan beberapa pemimpin parti politik menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disebabkan pelaksanaan  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Menurut sumber,  tarikh baharu bagi pertemuan antara pemimpin-pemimpin tersebut menghadap Al-Sultan Abdullah akan ditetapkan selepas dua minggu apabila tempoh PKPB berakhir.

“Pertemuan tersebut ditangguhkan disebabkan sekatan Covid-19  kerana pelaksanaan PKPB,” katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini, dua pemimpin parti politik mengesahkan sesi menghadap Al-Sultan Abdullah ditangguhkan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sepatutnya menghadap Al-Sultan Abdullah semalam manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dijadual pada 21 Oktober ini.

Sementara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan, Istana Negara telah melaksanakan sekatan pergerakan separa (semi-lockdown) yang berkuatkuasa sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN