Pencemaran Sungai Kundang: 11 individu direman - Utusan Malaysia

Pencemaran Sungai Kundang: 11 individu direman

Fadzil Ahmat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 11 individu termasuk pengurus sebuah kilang pemprosesan minyak sawit di kawasan perindustrian Kundang Jaya, Kundang ditahan bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Kundang, Rawang Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak telah melakukan serbuan semalam di premis tersebut kira-kira pukul 3 petang.

 Menurut Fadzil, hasil serbuan pihaknya telah berjaya menahan 11 individu berusia 27 hingga 66 tahun termasuk pengurus kilang dan dua pekerja tempatan. Turut ditahan lapan pekerja warga Myanmar merupakan pekerja premis tersebut.

“Kita turut merampas beberapa dokumen dan peralatan yang disyaki digunakan menyebabkan pencemaran air.

“Kesemua mereka telah dibenarkan direman selama tujuh hari sehingga Isnin hadapan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, perintah tahanan reman terhadap kesemu suspek  dikeluarkan Majistret Nur Hafizah Rajuni di Mahkamah Majistret Selayang.

Baru-baru ini, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menangani dua insiden pencemaran dapat mengelakkan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) iaitu di tasik Putrajaya dan Sungai Kundang.

Pencemaran bau sehingga 10 ton di Sungai Kundang di kesan berpunca daripada bahan biodiesel yang disyaki di kawasan industri Kundang Jaya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya