Peluang terakhir Anwar jadi PM? - Utusan Malaysia

Peluang terakhir Anwar jadi PM?

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hari ini Presi­den Parti Keadilan Rak­yat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini dalam usahanya untuk menumbang­kan kerajaan Pe­rikatan Nasional (PN) sekali gus menjadi Perdana Menteri kesembilan.

Isu perebutan kuasa ini bukanlah kali pertama berlaku ke­rana pada 2008, Anwar yang mengetuai pembangkang pernah mengeluarkan kenyataan ham­pir sama mendapat sokongan membentuk kerajaan sele­pas Pakatan Rakyat ketika itu tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Dalam usianya menjangkau 73 tahun, Anwar yang mengambil alih kerusi Presiden daripada isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail turut ‘dijan­jikan’ per­alihan kuasa oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika di bawah ke­rajaan Pakatan Harapan (PH) se­belum berlakunya peristiwa ‘Langkah Sheraton’ pada 23 Februari 2020.

Beliau sekali lagi terlepas peluang untuk menduduki kerusi nombor satu itu, apabila Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak keluar daripada menjadi sekutu PH untuk membentuk kerajaan PN apabila berjaya mendapat sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Hari ini, Anwar kembali dengan episod yang senada, mengakui mendapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen – walaupun tidak mahu mendedahkannya, tetapi menegaskan mampu mengubah lanskap pemerintahan di Putrajaya walaupun ramai mempertikai dakwaannya itu.

Wartawan Utusan Malaysia cuba mendapatkan ulasan beliau, namun Ketua Pembangkang itu enggan ditemu ramah sebaliknya berkata, akan bercakap kepada media selepas mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada hari ini.

Dalam pada itu, Peguam kanan, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, SD semata-mata tidak akan membantu Al-Sultan Abdullah membuat sebarang keputusan kerana Perdana Menteri dan Kabinet yang sah masih wujud dan menjalankan fungsi se­perti biasa.

Jelasnya, situasi itu amat berbeza ketika jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mana Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan lantas membawa kepada pembatalan barisan Kabinet secara automatik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN