Operasi pasar malam, aktiviti keramaian Ketengah Jaya ditangguh - Utusan Malaysia

Operasi pasar malam, aktiviti keramaian Ketengah Jaya ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Semua operasi pasar malam dan aktiviti keramaian, kenduri-kendara dan program berskala besar di Ketengah Jaya di sini diarah untuk ditangguhkan selama 14 hari bermula semalam sehingga 9 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Deerah, Anuar Awang berkata, arahan itu dikeluarkan sebagai langkah mencegah penularan Covid-19 di Dungun terutama di kawasan Ketengah Jaya.

“Orang ramai disarankan lebih menekankan aspek amalan kebiasaan baharu seperti  sentiasa memakai pelitup muka ketika keluar rumah, mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal di tempat awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anuar menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih bagi mengelakkan kekeliruan dan menimbulkan panik dalam masyarakat.

Katanya, individu yang tidak sihat dinasihatkan tidak berkunjung ke tempat awam dan segera mendapatkan rawatan di mana-mana hospital atau klinik kesihatan berdekatan.

Sehingga kini, sebanyak 21 individu yang positif Covid-19 kini sedang menerima rawatan di Terengganu dan daripada jumlah itu, enam kes direkodkan di daerah Dungun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya