Mayat lelaki ditemukan terapung - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemukan terapung

MAYAT lelaki berpakaian lengkap ditemui di Sungai Kelantan di Kampung Pulau Pisang, Kota Bharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mayat lelaki dalam keadaan terapung di Sungai Kelantan ditemukan dengan berpakaian lengkap di Kampung Pulau Pisang, di sini.

Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an ditemukan tersangkut pada tali bot penduduk kampung kira-kira pukul 9 pagi.

Kejadian disedari seorang lelaki yang turun ke sungai untuk menahan umpan udang bagi menangkap ikan dengan menaiki perahu.

Seorang penduduk kampung dikenali Jah, 53, berkata, berikutan itu penduduk di sini menghubungj polis.

“Sepasukan anggota polis kemudian sampai di lokasi dan mengangkat mayat serta membawa ke hospital,” katanya.

Menurutnya, penduduk kampung setakat ini tidak mengenali mangsa tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, siasatan lanjut masih dilakukan termasuk meminta kerjasama waris yang kehilangan ahli keluarga boleh membuat pengecaman mayat di Hospital Raja Perempuan Zainal II.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya