MAQIS Kelantan serah barangan dilucuthak kepada Jabatan Penjara - Utusan Malaysia

MAQIS Kelantan serah barangan dilucuthak kepada Jabatan Penjara

KETUA Unit Stesen Kuarantin Haiwan Rantau Panjang, MAQIS Kelantan Ruzita Meli (dua, kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil JPM Machang di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG : Sejumlah RM13,108 barangan yang dilucuthakkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Kelantan diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia (JPM) Machang di sini hari ini.

Penyerahan barangan berupa ayam sejuk beku seberat 1.284 tan dan 334 paket sosej untuk dijadikan sebagai makanan ternakan ikan keli dibawah program rehabilitasi banduan di penjara berkenaan.

Pengarahnya, Mohd. Azam Yahya berkata, penularan Covid-19 yang menimbulkan kesukaran kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah selain memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkannya.

“Sebagai tanda sokongan, kami hari ini menyerahkan barangan (dilucuthakkan) itu kepada JPM Machang.

“Hasrat kami satu, iaitu  untuk memenuhi keperluan bekalan bahan mentah dibawah program rehabilitasi banduan,” katanya.

Mohd Azam memberitahu, bahan mentah tersebut merupakan hasil sitaan pengimportan keluaran pertanian yang telah dilucuthakkan kerana tidak mematuhi aspek perundangan.

Katanya, dia selaras dengan Seksyen 11 di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Kami berharap sumbangan ini dapat menampung kos bekalan bahan mentah untuk dijadikan makanan kepada ternakan ikan keli.

“MAQIS Kelantan menyokong penuh inisiatif JPM Machang dalam menjayakan program rehabilitasi banduan,” ujarnya.

Mohd. Azam berkata, tindakan itu merupakan salah satu daripada cara pelupusan keluaran pertanian yang disita dan telah dilucuthak namun masih boleh diguna pakai untuk mengelakkan pembaziran.

“Di samping itu ia dapat membantu mana-mana agensi seperti pihak penjara yang memerlukannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya