Mahdzir percaya Seri Paduka, raja-raja Melayu - Utusan Malaysia

Mahdzir percaya Seri Paduka, raja-raja Melayu

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalib percaya Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu akan mencapai satu keputusan yang diterima rakyat berhubung cadangan-cadangan dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan raja-raja Melayu mempunyai kebijaksanaan dan kemampuan dalam keputusan tersebut.

“Saya sebagai pemimpin politik dan rakyat percaya Seri Paduka dan raja-raja Melayu mempunyai kebijaksanaan dan kemampuan untuk buat satu keputusan yang akhirnya boleh diterima rakyat secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Seri Paduka akan mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu di Istana Negara esok.

Rundingan itu bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang dicapai mesyuarat khas Kabinet semalam.

Sebelum itu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap dan Pengerusi Tenaga Nasional Bhd. (TNB) hadir pada Majlis Penyerahan Rumah Baiti Jannati TNB 2020 di Kampung Semeliang, Mukim Belimbing Kiri, Kuala Nerang di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya