PORT DICKSON: Kerja-kerja bagi menggali dan mencari saluran paip berkaitan masih diteruskan susulan kejadian limpahan minyak mentah di Kilometer 1, Jalan Seremban dekat sini berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gelam sejak petang kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, kerja-kerja tersebut melibatkan pelbagai agensi dan pihak termasuk syarikat berkaitan hasil minyak. “Semua syarikat berkaitan hasil minyak juga telah hadir bekerjasama untuk…










