Kerajaan pertimbang pekerja asing untuk terus bekerja - Utusan Malaysia

Kerajaan pertimbang pekerja asing untuk terus bekerja

MUHYIDDIN Yassin hadir pada Majlis Perjumpaan bersama Kepimpinan Masyarakat Parlimen Pagoh, Kompleks Sukan Pagoh, Muar. -UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI Pemberita; Juani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH: Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan pekerja warga asing yang telah menetap di Malaysia untuk terus bekerja bagi meningkatkan tenaga kerja sektor perladangan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara tersebut meliputi kumpulan pekerja asing yang telah tamat permit dan tidak mampu pulang ke negara asal berikutan penutupan pintu sempadan ketika ini.

Katanya, ia melibatkan pemberian pas pekerja sementara atau lesen melalui kaedah pemutihan mahupun pengampunan bertujuan menggunakan khidmat kumpulan itu.

“Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mahu bekerja dalam sektor berkenaan kerana keadaan yang kurang selesa. Yang mahu bekerja dalam sektor itu adalah warga asing seperti Bangladesh, Indonesia dan lain-lain.

“Tetapi dalam keadaan pandemik Covid-19 mereka (pendatang baharu) tidak dapat masuk ke Malaysia untuk bekerja. Jika kita beri mereka masuk, risiko pembawaan virus berkenaan kepada rakyat Malaysia akan lebih teruk,” katanya pada program Sembang Santai Bersama Masyarakat Cina dan Pertubuhan NGO Parlimen Pagoh di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, perkara tersebut akan diperjelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia dalam masa terdekat.

“Dalam tempoh ini kita akan mencari kaedah yang terbaik untuk membenarkan warga asing yang masuk secara haram bekerja di negara dalam tempoh satu atau dua tahun ini.

“Selepas itu jika sudah tamat tempoh pemutihan berkenaan, mereka perlu pulang ke negara masing-masing,” katanya.

Terdahulu, beliau meluangkan masa kira-kira 45 minit beramah mesra bersama masyarakat Tiong Hua dan ahli NGO yang menghadiri majlis itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya