Kaunter Imigresen ditutup di negeri terlibat PKPB - Utusan Malaysia

Kaunter Imigresen ditutup di negeri terlibat PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kaunter di semua pejabat Jabatan Imigresen di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, penutupan kaunter di Sabah bermula semalam sehingga 26 Oktober ini manakala di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa hari ini hingga 27 Oktober ini. 

Katanya, sehubungan itu, semua urusan dan temujanji yang telah dibuat sepanjang tarikh tersebut melalui Sistem Temujanji Online (STO) adalah ditangguhkan. 

“Walau bagaimanapun, semua urusan atas talian masih berjalan seperti biasa. 

“Orang ramai tidak dibenarkan hadir ke pejabat-pejabat imigresen yang terbabit kecuali atas sebab-sebab kecemasan yang telah dirujuk lebih awal,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kelmarin, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pelaksanaan PKPB bermula hari ini terhadap tiga buah negeri di Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selain di seluruh Sabah, berkuat kuasa semalam. 

Langkah ini diambil bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat di negeri-negeri terbabit. – UTUSAN  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN