Ibu tunggal anak tujuh mengaku salah tawar khidmat seks - Utusan Malaysia

Ibu tunggal anak tujuh mengaku salah tawar khidmat seks

SEORANG ibu tunggal di bawa keluar dari Mahkamah Majistret Kangar, Perlis hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks di sebuah rumah di Behor Temak, 16 Oktober lalu.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Seorang ibu tunggal beranak tujuh didenda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks di sebuah rumah di Behor Temak, 16 Oktober lalu.

Tertuduh, Suryati Salleh,37, yang juga seorang tukang urut boleh dipenjara selama lapan bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Suryati membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Kamaliza Md. Zain.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menawarkan khidmat seks di sebuah rumah dekat Taman Jaya Diri, Behor Temak pada pukul 11.20 malam, 16 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda atau keduanya sekali.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Yi Tying manakala tertuduh diwakili oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Wan Nursyaheedah Wan Najmi dan Nur Diyana Ab Shukor.

Wan Nursyaheedah memohon agar tertuduh dikenakan hukuman ringan memandangkan wanita itu hanya bekerja sebagai tukang urut di sebuah spa dan perlu menyara tujuh orang anak berusia antara tiga hingga 17 tahun.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan, polis menahan seorang lelaki dan dua wanita yang menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah rumah di Behor Temak di sini.

Ketiga-tiga mereka termasuk lelaki terbabit yang berperanan sebagai ‘bapa ayam’ ditahan kira-kira pukul 11.30 malam hasil daripada risikan pihak polis.

Kesemua suspek itu dikatakan tidak sampai sebulan melakukan aktiviti berkenaan dengan mengiklankan khidmat pelacuran itu melalui media sosial.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.