Hanya Shuib diambil keterangan SPRM - Utusan Malaysia

Hanya Shuib diambil keterangan SPRM

Shuib akan menjelaskan situasi sebenar berhubung kenapa dipanggil SPRM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menafikan dirinya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Siti Sarah menjelaskan dia hanya menemani suaminya, Shuib Sepahtu yang diambil keterangan.
Bagaimanapun Siti Sarah dan Shuib buat masa ini enggan mendedahkan butiran pertemuan dengan pihak berkuasa itu.
“Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut untuk tidak mengganggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita.
“Untuk makluman hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Melalui laporan Utusan Online, pasangan ini  dipercayai dipanggil SPRM hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya